Friday, July 29, 2011

pineapple!

tadi aku makan nenas. tiba-tiba teringat kat nenek! hehe. dulu time dia sihat, aku selalu pegi rumah dia(depan rumah aje pun) tengok dia masak, kemas rumah and whatsoever. aku cuma duduk sahaja, jahat punya cucu kan? haha.

ade sekali tu dia kupas nenas untuk masak ape tah. so aku makan lah nenas yang masih ade duri lagi tu. few minutes lepas tu, lidah rasa kebas aje. adoii. nenek aku cakap, kalau nak makan, kena buang duri dia sampai habis tu. adehh, apsal nenek x buang duri tu tadi?? huhuhu.

sekarang ni dia dah x berapa nak sihat. faham2 aje lah, orang yang dah berumur. aku pulak jarang sangat jenguk dia. terasa dulu dan sekarang lain. IDKW. hmm. walau ape pun orang nak cakap pasal dia, dia tetap darah daging aku jugak kan? dia yang lahirkan Ayah aku. jaga abang-abang aku. pasal cerita dulu-dulu, biarkan berlalu.

few days sebelum abang aku yang no.2 kawin, makcik aku cakap dia jatuh. kami jumpa dia sebelum pegi kl, sebab dia cakap mungkin x ikut pegi kl. kami akur.
hari ahad, time abang aku nak bersanding, aku nampak nenek! makcik aku yang sorang ni cakap, nenek ikut sebab kat rumah ade budak-budak bawah 12 tahun. takut apa-apa jadi, nanti susah pulak.

few days after, pakcik aku cakap, nenek nak sangat ikut pegi kl, nak tengok abang aku kawin. mak aku cakap, tentu dia nak tengok jugak, sebab dulu time abang-abang aku kecik, dia lah yang tolong jaga time mak aku keja. I'm happy to hear that nenek! ;)

kalau aku kawin, macam mane lah nanti kan? nenek yang jaga aku(sebelah mak) pun dah lama pergi. Ayah pun x de.

nenas benar-benar mengingatkan aku kat nenek. maafkan saya sebab x menjadi cucu yang baik!

;)



2 comments: