Wednesday, December 7, 2011

kuning...

susah nak terima kenyataan. dah 2 kali lepas waktu solat, aku nangis. tadi time lepas zuhur, solat kat surau, mmg x boleh nak cover lngsg, ramai orang dalam tu. mesti orang ingat aku baru lepas putus cinta. kali ni lagi hebat dari yang dorg jangka. masuk toilet, lagi la... masuk kelas dah kena jawab test. xde mood nak jawab.

semalam hari yang penuh dengan dugaan. kuar pagi, lambat pulak tu. dah tu kena jalan lebih kurang 20km kot sebab nak cari tugasan kelas. jawapan yang sangat sedih dari semua company. xde rezeki kot. balik, sangat penat. bila malam, ntah kenape rase sangat xde mood. lain macam rasenya. tapi kena kuat, sebab nak scan surat dan soalan. hati x tenang pun ade. 1 hal nye sebab pikir kerja siang tadi tu x dapat. nak tidur pun terpikir lagi sampai keluar air mata.

pagi ni ade test yang sangat best aku rase. happy sangat. tu lah, orang dah cakap, jangan happy sangat. nanti berduka.

aku online fb, ternampak status abang aku yang pelik sangat. aku ingat kawan die dah pergi.. tapi semacam aje bila kawan die komen pasal kucing. bila aku tanye, dia cakap kuning da mati semalam :(

terus call mak, mak tanye, macam mane aku boleh tau? bayangkan macam mane perasaan aku time tu? nangis x henti2. and sampai sekarang ni. :'(

aku rindu sangat kat die. sebulan aku dah x jumpa die. time aku balik kl, 11/11 hari tu, sempat jumpa die kat luar rumah, cium die. tapi lepas tu die cepat2 pegi.

hari2 kalau mak call, aku x tanye mak buat ape, tapi aku akan tnye ape yang die tu tengah buat. macam2 mak cerita pasal die. ya allah, aku rindu sangat kat die! :'(

aku da plan nak balik jumaat ni semata-mata nak jumpa die. tapi die x tunggu aku. :'(

kalau ade orang buat aku ketawa kejap pun, bile ingat die mesti aku akan nangis.

mak aku sendiri pun cakap, xpernah die sayang kucing macam die sayang kuning ni. hari2 die bercakap dengan kuning. hari2 die marah kuning. hari2 die tido dgn kuning.

lepas ni da xboleh cium die. mak selalu marah aku cium die, tapi aku cium jugak.

die mati semalam pun jauh dari kawasan rumah aku. time tu cuma ade sorg abang aku n mak yang ade. yang lain xde. aku la paling jauh dari die. paling rindu kat die. :'(

Thursday, December 1, 2011

a minute..

hurm.. baru dengar cerita ni..

bayangkan, kau ade seorang kawan, rapat mungkin. sebelum ni x pernah kenal. tapi dah tengok die semacam aje. once dah kenal, dah faham keadaan die yang sebenar. si kawan ni, tidak lah sekaya mane pun. belajar demi keluarga, nak bantu keluarga.

baru ni, si kawan punya abang kesayangan meninggal dunia, kemalangan. hilang dah tempat bergantung dan inspirasi hati. sanpai sekarang, x hadir ke kelas. dan nak berhenti belajar. aduhh. sampai macam tu sekali. aku pun x dapat bayangkan macam mane kalau aku kat tempat die. btw, some info tentang abang die, seorg best student. time belajar dulu, just amek gambar soalan2 past year, masuk dalam lappy utk revise, sebab nak jimat kos fotostate. baik hati mungkin sebab ade kawan tempat kerja yang x sanggup nak kerja sama tempat sebab terlalu mengingati die. hmmmm..

Monday, November 28, 2011

Debat 211jam Bahasa Melayu UiTM


sijil kami..


gue cuma sebagai menteri pertahanan..
amek ko gagap-gagap time tu..
yelah, mane pernah berdebat sebelum ni..
lawan cakap orang ade la..
kire debat jugak la kan..
hahahahaha!


tshirt! paling best.. ngahaha..

macam-macam yang terjadi.. antaranya :

-sidang kami patutnya pukul 9-10 pagi.. pukul 7pagi kena ade kat sana untuk bersiap sedia..
-malam tu aku x siap ape-ape text pun sebabnya x dapat lagi text dari pihak pembangkang..
-tidur pukul 3pagi, nasib dah iron baju, tudung.. nak bangun pukul 5.45 macam tu la kiranya, sebab nak ade kat tempat tu pukul 7.. sebab kena ada at least 2jam sebelum sidang..
-nasib gua bangun awal sikit, lepas tu dapat call dari kawan, kitaorng kena bersidang pukul 7pagi!!
-macam orang gila bersiap.. nasib transport disediakan..
-pastu sampai dewan pukul 6.45pagi.. aduh-aduh, sejuk, xde orang sangat.. crew aje ramai..
-done with the debat. ntah ape-ape aku merepek.. hewhewhew..
-kejadian ni berlaku sebab ade manusia yang x bertanggungjawab.. sebabnya, mereka punya sidang pukul 7 pagi tu, tapi bila crew call x angkat langsung.. memang nak melarikan diri la tu.. ape punye orang!
-last-last, kami lah jadi mangsa.. tapi seronok, sebab dilayan dengan baik.. hehehehehehehe..

overall, happy!

kadang kala..

kenapa perlu ada rasa cemburu? bila cemburu baru rasa orang itu sebenarnya manusia? sebab manusia punye pelbagai rasa dan emosi.. hurmmm..

kalau cemburu melampaui batas? kesan negatif atau positif? pandai-pandai lah..

cukup-cukup lah, nanti kening kau bercantum pulak.. hehehehe..

dah xde rezeki, nak buat macam mana lagi? jangan lah buat andaian macam-macam..

kau manusia kerdil antara mereka-mereka yang besar..

belum tentu mereka nampak kau..

usahalah kearah kebaikan kan kecemerlangan.. Dunia & Akhirat..

jangan terlalu dikejar Dunia.. kejar lah Akhirat yang pasti..


Salam Maal Hijrah.. *lewat 1 hari..






semoga anda menjadi kekasih hati saya Dunia & Akhirat.. Insyaallah..

Monday, October 31, 2011

edcoustic - nikmat sihat



hampir 2 bulan aku masuk sem ke-2 ni..
ade 2 orang baru jugak dalam kelas aku..
dah hampir 2 bulan kenal..
baru aku tahu dia kenapa?
kenapa dia senyap saje?
luaran nampak sihat..
hakikatnya, Allah saje yang tahu macam mane dia tanggung..

seriously x sangka..
Ya Allah, selamatkan lah dia..
dia seorang yang baik..

kawan, semoga kau akan sembuh juga..





Sunday, September 25, 2011

Jilbab.





Salam.

After 2 weeks, I am wearing it now. Insyaallah. Forever. (guys, pray for me that I am not going to take it off!)
dah lama pun aku pakai tudung. since aku sekolah rendah lagi, (time tu ade sekolah agama belah petang) 3 tahun pakai time sekolah rendah. bila kuar x pakai pun. seriously, time tu xde yang nak menegur.

Masuk sekolah menengah, WAJIB pakai time sekolah. means, sampai pagar sekolah (pagi) sampai tamat sesi belajar. lepas tu ade koku ke hape ke, tunggang terbalik lah tudung putih tu. ronyok dalam beg. hehe. kalau mak amik lepas pukul 2, masuk je keta, aku dah cabut tudung. panas beb! (normal lah tu kan? kau pun cnfrm cakap macam tu?) haha. tapi bila dah form 4 & 5, sampai rumah baru gua cabut. heewww.

Dah tamat sekolah, aku masih x pakai pun tudung. tu zaman sekolah aje lah.

Lepas form 5, dapat masuk matrik. time tu bulan 5 x silap aku. masuk 2 sem aje. 1st sem tu ade bulan Ramadhan. kat sana mula-mula masuk, aku x pakai pun tudung. bila nak masuk bulan puasa, terfikir nak pakai. masuk kelas, lecturer pun terkejut! haha. dia cakap lepas ni jangan tanggal pulak ye! tapi tanggal jugak. heww.

habis matrik, habis jugak lah tudung.

lepas matrik, dapat masuk Uni kat Melaka. berazam ni nak pakai sepanjang masa. at the end, bila kuar berjimba, semua hilang. padahal kawan lain ramai je yang pakai.

lepas tu masuk pulak Uni kat Shah Alam. kat situ pegi kelas aku pakai. balik kelas, nak balik rumah pakcik, gua cabut! beli macam-macam selendang, tudung bagai. sekejap aje beb!

dah masuk sem 2 ni. tiba-tiba rasa pakai tu penting. selamanya. bukan bukak tutup bukak tutup. dah macamm-macam fikiran masuk cucuk-cucuk.

Finally, hari tu pegi beraya kat Johor, aku start pakai depan family. ade yang macam surprised gilakkk! haha. kak ipar aku cari aku kat TBS tu pun x jumpa. lepas tu die senyum-senyum aje. harharharhar.

Bila kat Johor tu, aku tetiba rasa malu-malu pulak nak pandang sedara suma. x tau kenapa. kuikuikuikui.
Mak aku cakap, lepas ni jangan buka-bukak pulak!

time pakai tu rasa confident aje jalan depan orang ramai. walaupun tudung aku x labuh, tapi still rasa confident. sebab lately ni kalau jalan rasa macam, "..eh, aku x pakai, nanti orang nampak suma.. sama-sama dosa.." sekarang rasa cool sikit lah. hewww.

Semalam pulak, abang aku yang 1st tu buat open house. so gua sangat busy! aku pakai. sangat simple, sebab ingat nak balik, tukar baju pe suma, tapi x sempat pung! adeh.

Dalam pukul 2 lebih ade sorg sedara aku ni datang(perempuan). dia tanya mak aku, mane pengantin baru?(akak ipar aku yang no.2). mak aku cakap kat belakang. time tu aku tengah buat air dengan kak ipar tu. muka aku memang orang x nampak, sebab aku pandang tempat lain.

Lepas tu kak sedara dah salam kak ipar aku, aku toleh, "..ni x nak tegur ke??.." muka dia sangat terkejut!!
haha. kau bayang kan lah sendiri. die jerit kat situ jugak! lepas tu dia pukul aku berdebik-debik. haha.
dia mula-mula ingatkan sape lah kat dapur tu. mungkin orang luar ke. hahahahaha. seriously funny time keadaan tu. dalam marah dia still bagi nasihat&teguran&peringatan! haha. dia cakap,".. kau jangan bukak-bukak lepas ni pulak! apsal time raya hari tu kau x pakai? time ni baru nak pakai? blablablabla...."
hehehehe. aku cuma terdiam dan senyum saje. suka dalam gementar. hehe



kenapa baru nak pakai?
mungkin sebab dah tua kot?..

kan comel tu pakai camni.
auuuwwww. thanx! ciptaan Allah. hehe.

pakai ni sebab pakwe suruh ke?
saye x de pakwe. eh x, ekceli, dah lama pakwe saya yang sorg ni suruh. yang kat atas tu.

baru nak taubat ke?
panas doe soalan kau! kau baik sangat ke? harharhar.

ok lah, conclusionnya, lama aku nak amik masa pakai benda ni. 1st of all, aku x nak Ayah tanggung dosa aku lagi. nak ringankan beban dia. walaupun aku ni anak yang x berapa nak solehah dan baik. ;( sekarang ni macam dah ramai pun yang pakai, and pakai benda ni rasa macam best pulak. hehe. yelah, x payah nak sikat rambut setiap masa. nak beli sepit itu ini. kalau ade gambar aku yang x pakai time dulu-dulu tu, mesti saham dosa tengah meningkat kan sekarang ni?? ;( banyakkkknyeeeeeeeeee!!



p/s : tegur lah aku, kalau cara aku x berapa elok mungkin. ;))

bukan nak menunjuk, cuma mengisi masa lapang.
walaupun lukisan 1 pun x buat lagi, esok lect. nak check!







Friday, July 29, 2011

pineapple!

tadi aku makan nenas. tiba-tiba teringat kat nenek! hehe. dulu time dia sihat, aku selalu pegi rumah dia(depan rumah aje pun) tengok dia masak, kemas rumah and whatsoever. aku cuma duduk sahaja, jahat punya cucu kan? haha.

ade sekali tu dia kupas nenas untuk masak ape tah. so aku makan lah nenas yang masih ade duri lagi tu. few minutes lepas tu, lidah rasa kebas aje. adoii. nenek aku cakap, kalau nak makan, kena buang duri dia sampai habis tu. adehh, apsal nenek x buang duri tu tadi?? huhuhu.

sekarang ni dia dah x berapa nak sihat. faham2 aje lah, orang yang dah berumur. aku pulak jarang sangat jenguk dia. terasa dulu dan sekarang lain. IDKW. hmm. walau ape pun orang nak cakap pasal dia, dia tetap darah daging aku jugak kan? dia yang lahirkan Ayah aku. jaga abang-abang aku. pasal cerita dulu-dulu, biarkan berlalu.

few days sebelum abang aku yang no.2 kawin, makcik aku cakap dia jatuh. kami jumpa dia sebelum pegi kl, sebab dia cakap mungkin x ikut pegi kl. kami akur.
hari ahad, time abang aku nak bersanding, aku nampak nenek! makcik aku yang sorang ni cakap, nenek ikut sebab kat rumah ade budak-budak bawah 12 tahun. takut apa-apa jadi, nanti susah pulak.

few days after, pakcik aku cakap, nenek nak sangat ikut pegi kl, nak tengok abang aku kawin. mak aku cakap, tentu dia nak tengok jugak, sebab dulu time abang-abang aku kecik, dia lah yang tolong jaga time mak aku keja. I'm happy to hear that nenek! ;)

kalau aku kawin, macam mane lah nanti kan? nenek yang jaga aku(sebelah mak) pun dah lama pergi. Ayah pun x de.

nenas benar-benar mengingatkan aku kat nenek. maafkan saya sebab x menjadi cucu yang baik!

;)



Tuesday, May 24, 2011

Al-fatihah


takziah sebahagian 16 orang dari mereka.


x dapat dibayangkan.
:(

sabtu lepas ada kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. kawasan yang kena pulak ialah kawasan rumah anak2 yatim dan kebanyakannya tahfiz.

sedih sangat bila baca kat paper pasal post tanah runtuh ni.

antaranya :
  • abangnya nak selamatkan adik, dah lari sama2 tapi kaki adik dia tersangkut, tiba2 tanah(batu besar mungkin) hempap kepala adik. MasyaAllah. bayangkanlah apa abang dia rasa? aku yang baca pun boleh meleleh air mata.
  • seorang mangsa tu umur dia 18, patutnya daftar Matrik hari isnin semalam, tapi Allah sayang dia dulu. dia datang pusat tahfiz tu pun sebab nak belajar agama.
  • ada yang kawan baik, sama2 main, makan, solat, mengaji, meninggal time kejadian. kesian budak tu x boleh kawal perasaan lagi bila tengok jenzah kawan dia.
  • mayat yang last tu jumpa pukul 5 pagi. Ayah dia janji nak bagi beg yang dia mint, tapi x sempat.
ya Allah, tempatkan mereka di sisimu.
al-fatihah

:'(

Friday, April 1, 2011

I want to be by your side.

Hari ini hari lahir dia yang ke-57.
semoga dia aman di sana.
hadiah saya untuk Ayah, doa yang ikhlas.


:)

Thursday, March 31, 2011

7 tahun yang lepas

Khamis 7 tahun yang lepas(1 April 2004), hari lahir si dia.

aku ingat lagi, masa tu hari rabu malam, dia tengah sakit. mak aku keluar kejap nak uruskan makanan untuk doa selamat hari lahir dia esok hari, nak buat kat masjid. dia terlantar kat kerusi. aku macam x tahu apa2 masa tu. malam tu (pagi 1 April), dia sakit, mak aku bawak dia pegi hospital. mak aku kejutkan aku, tidur kat rumah nenek. masa nak pegi rumah nenek, aku nampak dia kat dalam kereta, muka dia sedih sangat. ya Allah, aku boleh ingat lagi muka dia masa tu. aku berdosa sangat2. :'(

paginya dah hari Khamis, 1 April 2004, hari lahir dia yang ke 50tahun. aku pegi sekolah macam biasa. kawan2 semua main dengan April FOOL! aku masih boleh gelak ketawa lagi. umur aku pun masa tu baru 13 tahun. balik sekolah, aku tidur. petang tu, abang aku masuk bilik, kejut, cakap jom pegi hospital tengok dia. abang aku pun dalam keadaan yang tergesa-gesa. dia bawak nenek aku sekali. lepas tu, abang aku marah, kenapa x pakai tudung? hati aku dah rasa lain. aku memang free hair, kalau aku pakai tudung, maknanya pegi orang meninggal. aku marah! kenapa aku kena pakai time tu? dia sihat lagi! dia x de apa pun!

dah sampai hospital, ada ramai jugak orang. baru aku tau, dia dah x nak bangun lagi. :(
dia masuk bilik CCU 4. doktor cakap kat mak aku, kalau ade pesakit yang masuk bilik tu, kemungkinan nak keluar dengan sihat sangat tipis!

Babah pun ada datang. babah pun sedih tengok keadaan dia. dia terbaring kat bilik tu, penuh dengan wayar. aku baca kan surah Yasin untuk dia, tapi aku x habiskan surah tu(semua salah aku, kalau aku habiskan surah tu, mesti dia sihat) aku balik rumah. malam tu, ramai adik beradik dia yang balik rumah nenek. memang aku happy sebab semua balik. dorg bukan senang nak balik, tapi tiba2 aje balik. aku dah pikir lain.

dalam pukul 9lebih, abang aku ajak pegi hospital lagi. time tu tinggal aku, nenek, kak nana je yang belum pegi. time ni aku kena paksa pakai tudung. tapi aku pasti x da ape yang akan jadi.

dah sampai sana, ramai sangat rang yang tunggu kat situ. patutnya 2-3 orang je yang boleh masuk. tapi time tu ramai sangat. dorg nampak macam batu lepas nangis.

x lama lepas tu, bilik CCU 4 ditutup. dalam tu ada doktor, nurse. aku ada nampak doktor tu tekan dia untuk pernafasan. aku x sanggup nak tengok, aku peluk abang aku. aku nangis kat dia.

doktor keluar dari bilik tu, semua orang nangis2, mak masuk bilik tu. mata dia dah tutup rapat. wayar2 dah x de. selimut dah tutup semua badan dia. aku bukak dan aku cuma mampu cium dahi dia saja. patutnya dia diraikan dengan doa selamat kat masjid sempena hari lahir dia.

dalam pukul 12 lebih, dia sampai kat rumah. rumah aku lengang sangat time tu. dia pakai baju warna putih. semuanya. dia dihadapkan ke arah kiblat. bermulalah bacaan Yasin dan Al-Quran.

hari Jumaat pagi. hari itu dia kena pergi. ramai sangat orang datang rumah aku. aku masih buntu. dia masih lagi diam kat situ.

dia dimandikan, dikafankan, dia pakai wangi-wangian. ya Allah, wanginya dia. dia pakai serban. baju putih. dia diikat. sebelum ditutup, semua orang datang kat dia. jumpa dengan dia buat kali terakhir. dia dicium. aku cium dia buat kali yang terakhir.

hari ni hari Khamis (31 Mac). khamis 7 tahun lepas dia pergi. esok genap 7 tahun. 1 April 2004. hari lahir yang ke-50.

aku jeles dengan abang2 aku. masing2 banyak waktu dengan dia. ade yang dah bersama untuk 24 tahun, 20 tahun dan 18 tahun. aku cuma 13 tahun sahaja? sangat x cukup! aku jeles dengan orang yang dapat peluk cium, salam Ayah dia. sangat jeles.

semoga aku dapat berjumpa dengan dia dalam keadaan yang tenang. semoga dia aman dan damai di sana.

Dia ialah Dzulkifli bin Abdul Halim (lama dah x tulis nama penuh dia)
Dia Ayah saya. Dia boyfriend saya. saya selalu tidur sebelah dia. dia selalu marah saya. dia selalu manjakan saya. dia garang! dia selalu bagi apa saya nak. dia selalu bawak saya kemana-mana. dia suka cium saya. mata saya sama dengan warna mata dia, Coklat. saya ikut ketinggian dia. tapi saya x kurus macam dia. dia rajin bekerja. dia selalu ingat adik beradik dia. dia selalu tolong mereka. saya harap mereka x lupakan Abang mereka ini.dia ada ramai kawan. dia suka kereta. saya tahu, dia sayang keluarga dia.

Ya Allah, saya sayang dia. saya rindu dia. tempatkan lah dia disisi-Mu. bahagiakan lah dia disana.

:)

kuatkan lah hati aku untuk hari2 yang akan datang tanpa dia.



Sunday, March 20, 2011

Saya Rindukan Si Dia

Saya rindu Ayah.
saya rindu dengan panggilan Ayah untuk dia.
saya rindu dia.
selamanya.
7years.

Wednesday, February 9, 2011

aduan rakyat juruukur bangunan



ERMM.. haa.. act., aku x tengok pun benda ni, lect. and kawan2 bagitau..
semuanya pasal akta je pun yang xde lagi kat Malaysia ni.. Lect. aku cakap kat UK, Hong Kong, China dengan mane lagi tah, BS lah paling top dari Archi.. tapi kat Malaysia x, sebab aktanya xde lagi.. so, orang mungkin pandang rendah pada BS..
Even kawan mak aku pun ade cakap macam tu lepas die tengok ni, die kate xde keja nanti.. huu..
InsyaAllah, ade rezeki, peluang dan usaha, ade lah tempat untuk aku dan lain-lain..

;)