Thursday, March 31, 2011

7 tahun yang lepas

Khamis 7 tahun yang lepas(1 April 2004), hari lahir si dia.

aku ingat lagi, masa tu hari rabu malam, dia tengah sakit. mak aku keluar kejap nak uruskan makanan untuk doa selamat hari lahir dia esok hari, nak buat kat masjid. dia terlantar kat kerusi. aku macam x tahu apa2 masa tu. malam tu (pagi 1 April), dia sakit, mak aku bawak dia pegi hospital. mak aku kejutkan aku, tidur kat rumah nenek. masa nak pegi rumah nenek, aku nampak dia kat dalam kereta, muka dia sedih sangat. ya Allah, aku boleh ingat lagi muka dia masa tu. aku berdosa sangat2. :'(

paginya dah hari Khamis, 1 April 2004, hari lahir dia yang ke 50tahun. aku pegi sekolah macam biasa. kawan2 semua main dengan April FOOL! aku masih boleh gelak ketawa lagi. umur aku pun masa tu baru 13 tahun. balik sekolah, aku tidur. petang tu, abang aku masuk bilik, kejut, cakap jom pegi hospital tengok dia. abang aku pun dalam keadaan yang tergesa-gesa. dia bawak nenek aku sekali. lepas tu, abang aku marah, kenapa x pakai tudung? hati aku dah rasa lain. aku memang free hair, kalau aku pakai tudung, maknanya pegi orang meninggal. aku marah! kenapa aku kena pakai time tu? dia sihat lagi! dia x de apa pun!

dah sampai hospital, ada ramai jugak orang. baru aku tau, dia dah x nak bangun lagi. :(
dia masuk bilik CCU 4. doktor cakap kat mak aku, kalau ade pesakit yang masuk bilik tu, kemungkinan nak keluar dengan sihat sangat tipis!

Babah pun ada datang. babah pun sedih tengok keadaan dia. dia terbaring kat bilik tu, penuh dengan wayar. aku baca kan surah Yasin untuk dia, tapi aku x habiskan surah tu(semua salah aku, kalau aku habiskan surah tu, mesti dia sihat) aku balik rumah. malam tu, ramai adik beradik dia yang balik rumah nenek. memang aku happy sebab semua balik. dorg bukan senang nak balik, tapi tiba2 aje balik. aku dah pikir lain.

dalam pukul 9lebih, abang aku ajak pegi hospital lagi. time tu tinggal aku, nenek, kak nana je yang belum pegi. time ni aku kena paksa pakai tudung. tapi aku pasti x da ape yang akan jadi.

dah sampai sana, ramai sangat rang yang tunggu kat situ. patutnya 2-3 orang je yang boleh masuk. tapi time tu ramai sangat. dorg nampak macam batu lepas nangis.

x lama lepas tu, bilik CCU 4 ditutup. dalam tu ada doktor, nurse. aku ada nampak doktor tu tekan dia untuk pernafasan. aku x sanggup nak tengok, aku peluk abang aku. aku nangis kat dia.

doktor keluar dari bilik tu, semua orang nangis2, mak masuk bilik tu. mata dia dah tutup rapat. wayar2 dah x de. selimut dah tutup semua badan dia. aku bukak dan aku cuma mampu cium dahi dia saja. patutnya dia diraikan dengan doa selamat kat masjid sempena hari lahir dia.

dalam pukul 12 lebih, dia sampai kat rumah. rumah aku lengang sangat time tu. dia pakai baju warna putih. semuanya. dia dihadapkan ke arah kiblat. bermulalah bacaan Yasin dan Al-Quran.

hari Jumaat pagi. hari itu dia kena pergi. ramai sangat orang datang rumah aku. aku masih buntu. dia masih lagi diam kat situ.

dia dimandikan, dikafankan, dia pakai wangi-wangian. ya Allah, wanginya dia. dia pakai serban. baju putih. dia diikat. sebelum ditutup, semua orang datang kat dia. jumpa dengan dia buat kali terakhir. dia dicium. aku cium dia buat kali yang terakhir.

hari ni hari Khamis (31 Mac). khamis 7 tahun lepas dia pergi. esok genap 7 tahun. 1 April 2004. hari lahir yang ke-50.

aku jeles dengan abang2 aku. masing2 banyak waktu dengan dia. ade yang dah bersama untuk 24 tahun, 20 tahun dan 18 tahun. aku cuma 13 tahun sahaja? sangat x cukup! aku jeles dengan orang yang dapat peluk cium, salam Ayah dia. sangat jeles.

semoga aku dapat berjumpa dengan dia dalam keadaan yang tenang. semoga dia aman dan damai di sana.

Dia ialah Dzulkifli bin Abdul Halim (lama dah x tulis nama penuh dia)
Dia Ayah saya. Dia boyfriend saya. saya selalu tidur sebelah dia. dia selalu marah saya. dia selalu manjakan saya. dia garang! dia selalu bagi apa saya nak. dia selalu bawak saya kemana-mana. dia suka cium saya. mata saya sama dengan warna mata dia, Coklat. saya ikut ketinggian dia. tapi saya x kurus macam dia. dia rajin bekerja. dia selalu ingat adik beradik dia. dia selalu tolong mereka. saya harap mereka x lupakan Abang mereka ini.dia ada ramai kawan. dia suka kereta. saya tahu, dia sayang keluarga dia.

Ya Allah, saya sayang dia. saya rindu dia. tempatkan lah dia disisi-Mu. bahagiakan lah dia disana.

:)

kuatkan lah hati aku untuk hari2 yang akan datang tanpa dia.



4 comments: